Carrot Milk
Carrot Milk

Sweet 1434H
First of all , Salam Maal Hijrah buat semua :)

Sedar tak sedar , esok dah 1 Muharram 1434H . Perasan tak ? Kita selalu dok sebut sebut pasal Maal Hijrah bila ia tiba . Termasuk lah diri aku sendiri . Jadi , sebagai umat Islam , apa yang sepatutnya kita lakukan ? ya ! Perkara utama , kita kenalah bersyukur kan ? Bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasa nikmat Allah . Bersyukur untuk memanfaatkan segala nikmat yang Allah berikan . Bersyukur kerana Allah masih lagi mengizinkan kita untuk terus bermujahadah di atas dunia yang fanaa ni . Bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang kita hidup supaya kita masih terus bertaubat atas segala kesilapan kita yang suka membuka aib orang , suka memburuk burukkan orang , suka mengata orang , suka memandang rendah kepada orang lain , sombong dan angkuh terhadap orang lain , suka mengambil remeh akan nasihat baik yang orang berikan kepada kita dan sebagainya .. Allah .. Terlalu banyak dosa yang kita lakukan . Lebih lebih lagi sekarang ni zaman jahiliyyah moden . Right ? Tak takut ke kita ? Tak sedar ke kita ? Kita mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu yang jahat ! Yang sering mengajak kita ke arah kemungkaran . 

Berdoalah , agar diri kita sentiasa didekatkan dengan perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada diri kita sendiri dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri kita sendiri :) - Cikgu Siti Nurizah


Apa-apa pun , moga kita sama-sama berusaha mempertingkatkan amalan sementara usia masih muda dan tenaga masih banyak ni .. Kan? kan? >_<


By Kakak Cemaa :)


|