Carrot Milk
Carrot Milk

I hate my words previously
Kesalahan lalu mengajar aku erti kekuatan sebenar.Susah nak terima.Tapi kita kena redha.Semuanya salah aku.Semuanya salah aku.Dan semuanya salah aku.Aku yang bertindak melulu cerita pada itu,ini,itu dan ini.Dan sebenarnya perkara itu merupakan perkara yang mengaibkan diri aku sendiri.Bila mana aku menceritakan kepada yang mempunyai entah hati itu suci atau tidak.Yang mana dia boleh menokok tambah segala bagai cerita lagi yang boleh memburukkan nama aku pada yang lain.Apa itu semua?Kenapa?Kenapa dan kenapa?Sampai hati kawan.Sampai hati.Semuanya berubah.Dan aku menjadi semakin lemah untuk menghadapi semua ini.
Kadang-kadang aku keliru,adakah betul aku buat semua tu?Adakah itu diri aku?kadang-kadang aku juga keliru.Perlukah aku menafikan semua itu?Perlukah aku mengiakan semua itu?Kadang-kadang aku juga keliru,apakah ada ruang untuk aku bertaubat,bila mana apa yang mereka katakan itu ibarat aku ini tidak layak mendapat pengampunan dariNya.Siapa mereka yang sebenar?Adakah mereka itu Tuhan untuk menentukan baik buruk seketul daging yang ada dalam badan aku?Siapa mereka?Kenapa aku rasa terlalu kecewa dengan mereka?Kenapa aku rasa aku terlalu hina.
Walau bagaimanapun,aku patut terima.Memang salah aku.Bagus lah mereka buat begitu.Mungkin sedikit sedarkan aku yang lalai.Dan mungkin Tuhan inginkan aku menjadi seorang yang lebih baik daripada sekarang.Alhamdulillah.Tuhan merancang sesuatu yang baik buat aku.Aku kena tabah.Dan buat mereka,terima kasih kerana memburukkan nama aku.Semoga kalian juga mendapat apa yang setimpal dengan apa yang telah kalian lakukan.
Apa yang aku lalui,memberi aku seribu satu erti pengajaran.Pilihlah kawan yang benar benar kawan yakni sahabat.Untuk mendapatkan kawan sedemikian,hendaklah kita menjadi begitu.Aku cuba untuk menjadi sahabat buat kawan-kawan aku.Pengalaman ini betul-betul menyedarkan aku.Apa yang pasti,aku masih beruntung,kerana masih ada guru yang sayangkan aku.Umi dan abi yang sentiasa mengajar aku untuk beperwatakan seorang muslimah.Bersyukur kerana diajar untuk menjaga adab sewaktu bercakap.Aku bersyukur sangat.Aku mungkin tak mampu menjaga hati aku,disebabkan itu,aku berusaha untuk menjaga luaran aku terlebih dahulu.Aku berusaha meski kadang-kadang aku tak mampu.Iman itu tak mampu diwarisi.
Sehina hina manusia yang dihina,hina lagi manusia yang menghina.
Semoga hidayah Allah sentiasa mengiringi kami :')


By Kakak Cemaa :)


|