Carrot Milk
Carrot Milk

Saya dapat Poem :')

Balik saja dari Terengganu,pagi ni, aku terus buka facebook. Masih terasa perut yang masih memulas. Entahlah.Sebab makan apa,aku pun tak tahu? Atas permintaan,aku buka facebook tu dan .. Guess what?
Ya Allah ! Serius,aku rasa terharu dengan apa yang aku baca. Rasa macam tak percaya je. ngeh ngeh. *jahat* . If kau baca ni,aku minta maaf atas apa yang berlaku.Semuanya disebabkan kecuaian dan kelalaian aku sendiri. Dan..tak semua benda kita boleh cerita pada orang kan? Dulu , aku pernah belajar,
 benda tak baik jangan dihebah-hebahkan.

Dan aku terleka. Sampai aku mengakibatkan fitnah berlaku.Sorry dan sorry.Segala kesalahan dulu,aku tak nak ulangi.Tapi kita,manusia.Sering lupa.Sering lalai.Dan apa yang aku harapkan,hanyalah doa..Sebab doalah boleh mengubah sesuatu itu untuk menjadi lebih baik.In shaa Allah.Dan aku harap.Tiada lagi benda tak baik yang aku lakukan.. Doakan aku. YA ? :')

Thanks,awk :)

Kerana Bukan Aku

Wahai wanita,
Aku bukan lelaki yang kau harapkan,
Untuk sentiasa bersamamu 
Ohh bukan aku,
Selalu mendampingimu juga bukan aku,
Kerana aku bukanlah malaikat pencatat,
Selalu memahami hati perempuan 
Bukan aku,
Sentiasa mengetahui isi hati perempuan juga
 Bukan aku,
Hanya sdikit usaha yang lemah aku mampu,
Kerana Dia saja yang Tahu..

Wahai wanita,
ketahuilah..
Berharta 
Oh bukan aku,
Kerana Dia bersifat Ghani,
Rupawan
 Oh jauh sekali bukan aku,
Berilmu juga tidak pada aku,
Kerana segala pujian hanyalah untuk Nya..

Wahai wanita,
Kerana aku manusia,
Maka aku jatuh cinta,
Maka aku rindu,
Maka aku bernafsu,
Kerana fitrahNya pada ku,
Aku bukan dari cahaya,
Maka aku melakukan kesalahan..

Aku hanya hidup,
Tidak lari daripada fitrahNya,
Maka janganlah kau wahai wanita,
Mengharapkan segalanya dari ku..

Aku hanya dididik dengan sedikit ilmu,
Untuk aku hidup,
 Pada 2 benua yang manusia leka,

Wahai wanita,
Kira engkau tahu Adam hidup disisi Hawa,
Apakah aku umatnya?

Kira bukan aku,
Carilah mu yang boleh membimbingmu ke Firdausi..

Fully created by him
3.29pm
Jumaat


By Kakak Cemaa :)


|